Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasrat KDN kata Saifuddin memperkenalkan akta berkenaan bertujuan untuk mengatasi kesesakan penjara di seluruh negara. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Parlimen: Akta Tahanan Rumah, KDN bincang dengan Jabatan Peguam Negara

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 7 NOV: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bakal brbincang dengan Jabatan Peguam Negara bagi membangunkan kerangka Akta Tahanan Rumah, kata menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya secara dasar cadangan kementeriannya itu mendapat persetujuan Jemaah Menteri sebelum ini. 

“(Selepas ini) KDN akan mengadakan libat urus Parliamenetry Select Commitee yang berkaitan…hak asasi, keselamatan atau mana-mana jawatankuasa yang dianggotai Yang Berhormat dalam Dewan yang berminat,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulunggannya di Dewan Rakyat hari ini.

Hasrat KDN kata Saifuddin memperkenalkan akta berkenaan bertujuan untuk mengatasi kesesakan penjara di seluruh negara.

“Setakat semalam, terdapat seramai 87,229 prospek di dalam semua penjara…daripada jumlah itu ada dua kategori iaitu yang tinggal dalam tembok penjara (dalam penjara).

“…dan yang kedua Jabatan Penjara tempatkan mereka di program pemulihan dalam komuniti…mereka tidak berada di dalam penjara…mereka berada di luar,” jelasnya situasi sedemikian dibolehkan oleh Akta Penjara Seksyen 43, 46 dan 47 membenarkan suatu peraturan dibuat.

Tambahnya, prospek terlibat dikeluarkan daripada tembok penjara menerusi sistem parol atau perintah kehadiran wajib atau pelepasan banduan secara berlesen.

“Mereka dikeluarkan selepas dilakukan tapisan penjara yang melayakkan mereka mengikut sistem tertentu serta mereka akan terlibat dengan majikan yang menyediakan pekerjaan kepada mereka,” ujarnya.

Saifuddin meyakini sistem penahanan di rumah terbukti berjaya merubah banduan yang terlibat dengan memberi bayangan setiap 800 mereka yang dibebaskan hanya seorang daripadanya akan kembali mengulangi kesalahan dan dipenjarakan semula.

“Ini kita panggil kadar residivisme…Kesimpulannya ini adalah success story. Kerana itu, kita bercadang bahawa punca kesesakan yang ikut disumbangkan oleh mereka yang berada dalam penjara yang belum disabit. Mereka ini namanya tahanan reman,” katanya lagi.

Justeru itu, kata Saifuddin, pihaknya bersama Jabatan Penjara bakal menyediakan dokumentasi yang diperlukan sebelum sebarang keputusan dasar diluluskan Kabinet dan dibentangkan ke Parlimen.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan