KUALA LUMPUR, 7 NOV: Cadangan penambahan bilangan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sramai 1,500 orang pada tahun depan akan mengatasi isu kekurangan guru kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan cadangan terbabit diluluskan dalam Belanjawan 2024 menyaksikan Kerajaan prihatin terhadap pembangunan pengajaran agama dan kerohanian anak-anak.
“Pelantikan guru akan dibuat dalam kalangan mereka yang mempunyai kelulusan dalam jurusan Pendidikan Islam,” katanya.
Dr Zulkifli berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sabri Azit yang menanyakan langkah kerajaan memperkasakan KAFA di seluruh negara di Dewan Rakyat hari ini.
“Usaha ini bagi memastikan kompetensi guru KAFA, program latihan perguruan termasuk melalui Sistem Smart Murabbi dilaksanakan.
Beliau menambah nisbah 1:30 betujuan untuk memastikan keberkesanan dan kualiti pengajaran (PdP) KAFA diterima pakai masyarakat.
Selain itu, kata Dr Zulkifli KAFA dilengkapi platform pembelajaran, Sistem Smart Murabbi bagi memudahkan para guru mengakses kemudahan pengajaran secara dalam talian.
“Platform yang di selaras Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu antara langkah memperkasakan latihan kompetensi perguruan selain membolehkan para guru mengakses modul pengajaran sama ada mereka di bandar mahupun di luar bandar.
“e-pembelajaran yang ada dalam Sistem Smart Murabbi juga memudahakan pembelajaran secara fkleksibel sudah tentu mendapat manfaat,” jelasnya.
Untuk rekod, Dr Zulkifli mendedahkan eramai 35,000 guru KAFA di seluruh negara setakat ini.