Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Delegasi Malaysia diketuai Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Sharrina Abdullah yang menyertai Persidangan Parlimen Komanwel ke-67

Malaysia kukuh peranan diplomasi dalam tangani cabaran global

ByConnie Grace

KUCHING, 7 Nov: Malaysia terus memperkukuh peranan diplomasi dalam menangani cabaran global menerusi penyertaan di Persidangan Parlimen Komanwel ke-67 yang berlangsung di Sydney, Australia.

Delegasi Malaysia diketuai Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Sharrina Abdullah.

Penglibatan Malaysia dalam persidangan tersebut adalah untuk mengukuhkan kerjasama antarabangsa dan mencari penyelesaian bersama bagi isu-isu mendesak.

Majlis perasmian persidangan disempurnakan oleh Gabenor New South Wales Margaret Beazley.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, persidangan tersebut menggariskan agenda utama menyatukan negara anggota Komanwel dalam menghadapi cabaran global seperti penyebaran maklumat palsu, penglibatan wanita dalam politik dan kebolehcapaian bagi ahli Parlimen kurang upaya.

“Malaysia mengambil peluang ini untuk berkongsi pendekatan dan pandangannya dalam isu melalui penyertaan dalam pelbagai sesi penting seperti Commonwealth Women Parliamentarians (CWP) dan Commonwealth Parliamentarians with Disabilities (CPwD),” menurut kenyataan tersebut.

Sebagai sebahagian daripada diplomasi aktif Malaysia, delegasi negara akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan bertajuk Votes vs Likes – The Role of Parliament in Strengthening Democratic Resilience in an Age of Fake News and Synthetic Media.

Kenyataan tersebut menyatakan, dalam era digital yang penuh cabaran sekarang, Malaysia akan berkongsi pendekatan dan strategi dalam memperkukuh ketahanan demokrasi serta mencegah kesan buruk daripada maklumat palsu dan media sintetik.

“Perbahasan ini memberi peluang kepada Malaysia untuk menerajui perbincangan mengenai peranan Parlimen dalam melindungi integriti demokrasi di peringkat global.

“Penyertaan Malaysia dalam persidangan ini bukan sekadar sebagai anggota Komanwel tetapi sebagai rakan strategik yang berusaha menangani isu-isu global.

“Dengan penglibatan dalam pelbagai bengkel dan mesyuarat, Malaysia bukan sahaja memperkukuh hubungan diplomatiknya tetapi turut memperlihatkan kesediaan untuk bekerjasama dan berkongsi amalan terbaik dengan negara-negara lain,” ujar kenyataan tersebut.

Kehadiran Malaysia dalam persidangan tersebut memperlihatkan peranan aktif negara dalam arena antarabangsa dan menjadikan diplomasi sebagai tonggak utama dalam menyelesaikan masalah sejagat.

Penglibatan aktif Malaysia pada Persidangan Parlimen Komanwel ke-67 membuktikan peranan penting negara dalam membentuk kerjasama dan persefahaman dalam kalangan negara anggota dengan fokus kepada isu-isu global yang relevan.

Malaysia bertekad untuk terus menyumbang secara konstruktif dalam perbincangan antarabangsa, menegakkan prinsi demokrasi dan tadbir urus baik serta menyokong nilai bersama untuk menghadapi cabaran masa kini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan