Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Daro Safiee Ahmad dan Datuk Ding Kuong Hiing mendengar taklimat ringkas sebelum majlis penyerahan projek kepada kontraktor di Bintangor pada Rabu. Foto TVS

Jeti baharu di Bintangor lebih moden, selesa

BINTANGOR, 7 Okt: Jeti baharu di Bintangor yang dibina dengan kos RM3.04 juta dilengkapi dengan kemudahan lebih moden dan selesa untuk penduduk di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek yang mengambil masa 10 bulan untuk dibina itu dijangka siap sepenuhnya pada September tahun depan.

Menurutnya, kemudahan tersebut juga menjamin keselamatan penduduk ketika menjalankan aktiviti harian.

“Pelaksanaan projek ini membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam menyediakan kemudahan terbaik diperlukan rakyat.

“Kesanggupan menyalurkan peruntukan lebih RM3 juta bagi tujuan pembinaannya membuktikan komitnen tinggi kerajaan dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat,” katanya kepada media petang semalam.

Sementara itu, majlis penyerahan tapak projek tersebut disaksikan oleh ADUN Daro yang juga Pengeri Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Safiee Ahmad.

Safiee berkata, pembinaan jeti baharu tersebut bertujuan meningkatkan kemudahan pengangkutan dan logistik terutama di kawasan tepi laut atau sungai.

“Selain itu, jeti ini lebih moden, selamat dan dapat meningkat keselamatan serta kecekapan operasi pengangkutan air.

“Saya berharap semua pihak memberikan kerjasama agar projek ini berjalan lancar, siap mengikut jadual dan spesifikasi ditetapkan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan