Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aidel Lariwoo, Datuk Abdullah Saidol dan Safiee Ahmad pada upacara penyambungan fasa akhir Jambatan Muara Lassa, Daro, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Semop

Jambatan Muara Lassa manifestasi kesungguhan GPS majukan luar bandar

DARO, 7 Nov: Penyiapan Jambatan Muara Lassa merupakan bukti kesungguhan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dikemudi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membangunkan infrastruktur di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri di Jabatatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata infrastruktur seperti jambatan ini merupakan pemangkin dalam menaik taraf sosioekonomi rakyat.

Upacara penyambungan fasa terakhir Jambatan Muara Lassa, Daro, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Semop

“Selain jalan raya dan jambatan, pembangunan infrastruktur lain seperti bekalan air dan elektrik yang melibatkan perbelanjaan yang besar adalah usaha kerajaan untuk merapatkan jurang keselesaan antara masyarakat bandar dan desa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai projek pembinaan Jambatan Muara Lassa yang dijadualkan siap sepenuhnya pada Januari 2025.

Upacara penyambungan fasa akhir disempurnakan Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Infrastruktur), Datuk Aidel Lariwoo, hari ini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad.

Abdullah yang juga ADUN Semop berkata, jambatan ini adalah salah satu komponen jaringan laluan pesisir yang menjadi inti pati utama ucapan debat majoriti wakil pesisir dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 28 April 2015.

Menurutnya, pada ketika itu permohonan kepada kerajaan adalah untuk dibina sembilan jambatan di kawasan pesisir dengan anggaran kos lebih kurang RM3 bilion.

“Kami menghargai perhatian dan tindakan mantan Ketua Menteri Allahyarham Tok Nan (Pehin Sri Adenan Satem) yang menyambut baik permohonan kami yakni agensi berkaitan telah diminta untuk segera membuat kajian serta pernilain teknikal.

“Tapi perhargaan terbesar ialah kepada Premier Abang Johari kerana selepas mengambil alih kepimpinan Sarawak, beliau memahami betapa pentingnya jaringan jalan raya pesisir beserta pembinaan semua jambatan diperlukan,” ujarnya.

Jelasnya, tindakan segera Premier meluluskan penggunaan peruntukan negeri untuk melaksana pembangunan jalan raya pesisir ini akan memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar pesisir yang sebahagian besar adalah penyumbang utama sektor ekonomi hasil laut dan tani.

“Mewakili 13 penempatan masyarakat Pulau Bruit, kami sangat menghargai sumbangan kerajaan GPS yang dipimpin Premier Abang Johari kerana kesungguhan pemimpin kami untuk membina kemakmuran kawasan pedalaman,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan