Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sidang Parlimen. Foto: Bernama.

Imbangi hak bersuara di media sosial dan status bina Balai Bomba di Pulau Bruit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 7 NOV: Langkah Kerajaan memperkasakan Kelas al- Quran dan Fardu Ain (KAFA), bagaimana Kementerian mengimbanginya hak kebebasan bersuara di media sosial serta perancangan membina sebuah balai bomba di Pulau Bruit dalam Parlimen Tanjong Manis antara persoalan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit meminta Perdana Menteri menyatakan langkah yang diambil kerajaan bagi memperkasakan lagi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara agar sentiasa dinamik seiring dengan peredaran zaman ke arah melahirkan generasi pewaris negara yang memiliki modal insan berkualiti tinggi dan berakhlak mulia.

Pada sesi sama, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan meminta Menteri Komunikasi  menyatakan hala tuju Kementerian dalam aspek kawal selia platform media sosial dan bagaimana Kementerian mahu mengimbanginya dengan hak kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat. 

Seterusnya, pada sesi soal jawab pula Ahli Parlimen Tanjong Manis, Tusuf Abd Wahab menanyakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berhubung perancangan untuk membina sebuah balai bomba di Pulau Bruit dalam Parlimen Tanjong Manis. 

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar oleh menteri daripada setiap kementerian.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 35 hari bermula 14 Okt hingga 12 Dis depan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan