Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur (NTT) yang terus berlaku sehingga kini. Foto BNPB

Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus lagi, bilangan mangsa terus meningkat

ByTVS

JAKARTA, 7 Nov: Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur Nusa Tenggara Timur (NTT) meletus lagi pada jam 8.53 pagi waktu tempatan.

Ia dipercayai letusan terbesar selepas insiden sama berlaku pada 3 November lepas yang menyebabkan kerosakan harta benda, meragut sembilan nyawa dan 64 mangsa melecur.

Letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur (NTT) yang terus berlaku sehingga kini. Foto BNPB

Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) melaporkan, akibat ratusan letusan kecil yang masih terus berlaku, ribuan penduduk terpaksa berpindah untuk mencari tempat tinggal.

Malah bilangan penduduk berpindah meningkat kepada 4,436 mangsa berbanding 2,472 mangsa sebelum ini.

Menurut Ketua BNPB Suharyanto, walaupun aktiviti pergunungan masih di tahap tertinggi dan masih aktif, kesemua penduduk berjaya dipindahkan ke kawasan selamat.

“Kami telah memindahkan seluruh penduduk ke tapak pemindahan di kawasan selamat tujuh kilometer dari gunung dan jumlah pelarian terus meningkat,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan