Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menjadi panel jemputan perbincangan tumpuan mengenai 'Peranan Asia Dalam Menentukan Pasaran Hidrogen' semasa ADIPEC 2024 di Pusat ADNEC Abu Dhabi. Foto Faitullah Morni (TVS)

Dunia iktiraf Sarawak urus tenaga dengan efisien

ABU DHABI, 7 Nov: Pelantikan Sarawak Energy Berhad (SEB) sebagai penaung global Majlis Tenaga Dunia (WEC) disifatkan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian Kerajaan Sarawak dalam menguruskan sumber tenaga dengan efisien dan mampan.

Selain mempunyai akses kepada sumber tenaga diperbaharui, tadbir urus yang baik dan selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia memberi keyakinan kepada dunia untuk mengiktiraf usaha Sarawak.

“Kita sangat bertuah kerana mereka ada keyakinan terhadap kita dengan melantik SEB sebagai penaung WEC.

“Ini sangat penting, bermakna dunia mengiktiraf cara Sarawak menguruskan tenaga, untuk kepentingan jangka panjang Sarawak khasnya Malaysia, bagi memainkan peranan dalam peralihan baharu tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif selepas menjadi panel jemputan dalam perbincangan tumpuan pada Pameran & Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2024 di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC) di sini pada Rabu.

Untuk rekod, SEB secara rasminya dilantik sebagai penaung WEC pada 29 Mac lalu, menjadikannya entiti pertama dari rantau Asia Tenggara menggalas tanggungjawab itu.

Menerusi persetujuan itu, SEB sebagai antara pemaju tenaga hidro utama di Asia Tenggara, akan menyokong WEC dalam usaha memangkin peralihan tenaga di serata dunia.

Menurutnya penglibatan Sarawak dalam industri tenaga diperbaharui secara agresif akan memperluas sumber ekonomi negeri ini sekali gus menarik kehadiran pelabur ke Sarawak kerana yakin dengan sumber bekalan tenaga yang dimiliki.

“Apabila ini berlaku, ia akan menjadi prasyarat untuk pelabur datang ke Sarawak dan beroperasi seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan baharu,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan