Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah merasmikan Sarawak Preschool Kids Got Talent (SPKGT) 2024 di Kuching pada Khamis.

Cungkil bakat, potensi kanak-kanak prasekolah

KUCHING, 7 Nov: Program Sarawak Preschool Kids Got Talent (SPKGT) mampu menyumbang kepada pembangunan bakat dan kreativiti kanak-kanak prasekolah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penglibatan kanak-kanak dalam program tersebut akan mengukuhkan perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan kesihatan emosi mereka.

Menurutnya, SPKGT juga merupakan asas penting untuk membentuk keperibadian diri kanak-kanak.

“Program ini adakan untuk mencungkil dan mengenal pasti bakat serta potensi kanak-kanak prasekolah yang berusia enam tahun ke bawah.

“Ia seterusnya menggilap bakat yang ada untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian SPKGT 2024 di sini, hari ini.

Fatimah berkata, SPKGT dirancang selaras dengan transformasi pendidikan khususnya di Sarawak bagi melahirkan modal insan seimbang dan mempunyai kreativiti, inovasi serta berdaya saing.

Sementara itu, seramai 1,681 kanak-kanak dari 50 prasekolah seluruh Sarawak menyertai program pencarian bakat cilik tersebut.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datu Felicia Tan Ya Hua serta Pengurus Besar SeDidik Sarawak Ayub Dahari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan