Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini. Foto Bernama

Beg berisi wang tunai RM1 juta sudah ditemukan – Polis

ByBernama

PETALING JAYA, 7 Nov: Beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang petang semalam di Ampang, sudah ditemukan di Jalan Hulu Kelang menuju ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata beg berkenaan yang berada di tengah laluan itu ditemukan oleh orang awam pada hari sama kejadian dilaporkan.

Beg berisi wang tunai RM1 juta hilang selepas proses kutipan

Beliau berkata siasatan awal mendapati van keselamatan yang membawa wang itu dipercayai dalam perjalanan dari sebuah bank di Ampang menuju ke Kuala Lumpur.

“Beg itu dipercayai terjatuh ketika kenderaan melalui kawasan selekoh laluan tersebut.

“Setakat ini beg itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan maklumat lanjut akan dikongsikan nanti selepas siasatan selesai,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Sasikala Devi berkata setakat ini pihaknya sedang mengambil keterangan daripada individu yang menemukan beg berkenaan dan pemandu van keselamatan.

Terdahulu, Ketua Polis Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.55 petang semalam, selepas proses kutipan dilakukan sebuah syarikat keselamatan daripada sebuah bank, dekat sini.

Berikutan itu polis telah menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Difahamkan kehilangan beg berkenaan disedari pemandu van keselamatan terlibat selepas mendapati pintu kenderaan itu dalam keadaan terbuka, sebelum membuat laporan polis berhubung perkara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan