KUALA LUMPUR, 7 Nov: Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Parlimen Komanwel ke-67 di Sydney, Australia ketika ini.
Persidangan yang berlangsung dari 3 hingga 8 Nov itu merupakan platform yang penting bagi para pemimpin dan Ahli Parlimen negara anggota Komanwel untuk berkongsi amalan terbaik serta membincangkan isu-isu bersama dalam usaha memperkukuh nilai dan prinsip Komanwel.
âPada persidangan tersebut, delegasi Malaysia telah menghadiri beberapa mesyuarat antaranya berkaitan Commonwealth Women Parliamentarians (CWP), Commonwealth Parliamentarians with Disabilities (CPwD) yang melibatkan Ahli Parlimen mewakili golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Society of Clerks at the Table (SoCATT) yang melibatkan Setiausaha-setiausaha Dewan.
âPara delegasi juga turut menghadiri bengkel-bengkel berkaitan isu-isu terkini antaranya penglibatan wanita dalam politik, kecerdasan buatan (AI) dan amalan terbaik dalam mengukuhkan institusi parlimen,âmemetik satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Persidangan itu dirasmikan Gabenor New South Wales Margaret Beazley AC KCÂ yang juga merupakan Naib Penaung Persatuan Parlimen Komanwel (Commonwealth Parliamentary Association, CPA).
Turut serta, beberapa Ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat, Speaker-speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Setiausaha Dewan Negara serta Setiausaha-setiausaha DUN, selain Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Sharrina Abdullah. – TVS