Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan: Foto: Envato

14 warga asing ditahan disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan dalam talian

ByBernama

SHAH ALAM, 7 Nov: Polis menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan pusat panggilan skim penipuan pelaburan dalam talian di Hulu Kelang, Ampang, pada  29 Okt lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata dalam operasi pada 9.30 malam itu sebanyak 14 warga asing ditahan dan sejumlah peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan berkenaan turut dirampas.

“Rampasan antaranya membabitkan 151 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga komputer riba, modem, iPad Pro, jam tangan mewah dan 15 keping mata wang asing.

“Polis percaya kesemua yang ditahan berperanan sebagai petugas khidmat pelanggan berkait skim penipuan pelaburan dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mereka kini direman selama 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/63 selepas tamat reman polis selama tujuh hari.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan