Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal Rabu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika Syarikat atas "penghormatan dipilih" ke jawatan tertinggi negara

Trump berterima kasih kepada rakyat Amerika “dipilih sebagai presiden ke-47”

ByBernama

WASHINGTON, 6 Nov: Calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal Rabu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika Syarikat atas “penghormatan dipilih” ke jawatan tertinggi negara, lapor Anadolu Agency.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika atas penghormatan luar biasa dipilih sebagai presiden ke-47 dan presiden ke-45 anda,” kata Trump kepada penyokong di Palm Beach, Florida, merujuk kepada penggal terdahulunya di pejabat, pada 2017-2021, sebelum Joe Biden memenangi empat tahun sebagai presiden AS ke-46.

Menurut unjuran Fox News, Trump memastikan kemenangan selepas mengalahkan pesaingnya dari parti Demokrat, Naib Presiden Kamala Harris dalam pilihan raya presiden Selasa.

“Ini adalah kemenangan hebat untuk rakyat Amerika yang akan membolehkan kita menjadikan Amerika hebat semula,” tambah Trump.

Berikrar untuk memperjuangkan setiap rakyat, beliau berkata: “Kita akan membantu negara kita pulih.”

Kemenangan itu akan menjadikan Trump satu-satunya presiden AS yang berkhidmat dalam penggal tidak berturutan, selepas Grover Cleveland yang berkhidmat dua penggal pada akhir 1800-an. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan