Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penjawat awam kerugian RM58,800 selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan yang tidak wujud. Foto fail Envato

Terpedaya ejen pelaburan, penjawat awam lesap RM58,800

SARIKEI, 6 Nov: Seorang penjawat awam kerugian RM58,800 selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan yang tidak wujud dalam satu kejadian di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Pemangku Superitendan Aswandy Anis berkata, mangsa berusia 55 tahun semasa berada di rumahnya melayari Facebook dan tertarik dengan skim pelaburan atas nama Avatrade.

Katanya, mangsa kemudiannya menghubungi suspek yang kononnya berperanan sebagai ejen pelaburan.

“Mangsa seterusnya diarahkan menyertai grup pelaburan di aplikasi Telegram. Tertarik dengan tawaran serta pulangan yang dijanjikan, lelaki itu membuat beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam beberapa nombor akaun berbeza berjumlah RM58,800 bermula penghujung Oktober 2024 sehingga awal November 2024.

“Bagaimanapun, mangsa menyedari dirinya ditipu setelah pelaburan yang dibuat tidak mendapat pulangan yang dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sarikei.

Sehubungan itu, Aswandy menasihat orang ramai agar melabur di platform yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta mendapatkan nasihat kewangan daripada Ejen yang berdaftar.

“Jangan percaya dengan pelaburan yang masa yang singkat dan jangan masukkan wang ke dalam akaun yang tiada kaitan dengan pelaburan yang dibuat.

“Sentiasa membuat semakan syarikat dan laman sesawang yang tidak diberikan kelulusan atau kebenaran oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana individu yang melakukan urusan seumpama itu supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon saspek melalui Check Scammer CCID atau melalui laman web https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi kewangan. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found