Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naly Sisoulith dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-9 di Vientiane, Laos. Foto Akma Salleh (TVS)

Tekstil tradisional main peranan signifikan dalam negara anggota ASEAN

ByAkma Salleh

VIENTIANE, 6 Nov: Tekstil tradisional memainkan peranan yang signifikan, terutama dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Isteri Presiden Laos, Naly Sisoulith berkata, ia bukan sahaja mencerminkan kekayaan warisan budaya, tetapi juga menjadi lambang identiti dan keunikan setiap komuniti.

“Saya sangat berbangga kerana Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-9 (ATTS 9) berjaya menghimpunkan pakar dan penyelidik dari pelbagai bidang, terutamanya dalam dunia tekstil tradisional untuk saling bertukar idea dan pandangan.

Tekstil tradisional memainkan peranan yang signifikan, terutama dalam kalangan negara-negara ASEAN. Foto Akma Salleh (TVS)

“Melalui perkongsian ini, ia jelas menunjukkan bahawa tekstil tradisional mempunyai peranan penting dalam kalangan negara-negara ASEAN, kerana ia bukan hanya mencerminkan kekayaan budaya, tetapi juga menjadi simbol identiti yang unik bagi setiap negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-9 (ATTS 9) di sini, hari ini.

Sementara itu, Naly juga menekankan kepentingan muzium dalam memainkan peranan memelihara warisan budaya.

Menurutnya, muzium bukan sahaja menjadi tempat menyimpan dan mempamerkan dokumen serta buku mengenai tekstil, tetapi juga berfungsi sebagai pusat pendidikan dan penyebaran maklumat.

“Dengan peralihan dari gaya hidup tradisional ke gaya hidup moden, kita menghadapi cabaran besar dalam mengekalkan pengeluaran dan pemakaian tekstil tradisional.

“Justeru, setiap negara perlu memberikan perhatian serius dan mengimplementasikan dasar yang kukuh untuk memelihara serta mempromosikan tekstil tradisional, agar ia terus menjadi kebanggaan dalam kalangan masyarakat kita,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan