Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan tetamu lain pada Majlis Perasmian Simposium Penyelidikan dan Pembangunan SRDC 2024 di Kuching, hari ini. Foto TVS

SRDC fokus penyelidikan, pembangunan tenaga boleh diperbaharui

KUCHING, 6 Nov: Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) kini giat memfokus terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan tenaga boleh diperbaharui.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pengeluaran dan penyimpanan hidrogen menjadi perkara yang diutamakan dalam penyelidikan tersebut.

Inisiatif tersebut katanya merupakan langkah dan komitmen Sarawak untuk memanfaatkan pengetahuan dan sumber tempatan sekaligus mengurangkan kos pengeluaran.

“Satu cabaran utama ekonomi hidrogen kita ialah mengurangkan kos pengeluaran.

“Untuk menangani perkara ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak memulakan geran yang memfokuskan terhadap penyelidikan dan pembangunan tenaga boleh diperbaharui dengan penekanan pada pengeluaran dan penyimpanan hidrogen,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Perasmian Simposium Penyelidikan dan Pembangunan SRDC 2024 di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, kebijaksanaan dan pengalaman dimiliki komuniti tempatan Sarawak merupakan aset yang tidak ternilai dalam usaha untuk mencari penyelesaian global.

“Dengan menyepadukan kepakaran tempatan ke dalam program dan proses penyelidikan inovatif, kita boleh membangunkan pendekatan yang sesuai dari segi kontekstual dan sensitif budaya dengan itu meningkatkan keberkesanan dan penerimaannya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan