Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata projek di kawasan seluas 232.69 hektar ini akan membantu Bumi Kenyalang meraih pendapatan tambahan sebanyak RM1.5 bilion menjelang 2030.

Sebuah lagi ladang babi moden dibina di Sarawak

SIBU, 6 Nov: Pembinaan sebuah lagi ladang babi moden di Sarawak telah bermula dengan majlis pecah tanah kemudahan itu yang berlangsung di Sungai Selabi, Selangau hari ini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata projek bernilai RM300 juta di kawasan seluas 232.69 hektar ini akan membantu Bumi Kenyalang meraih pendapatan tambahan sebanyak RM1.5 bilion menjelang 2030.

Kawasan Penternakan Babi (PFA) Selangau, yang direka untuk menempatkan 12,000 pembiak baka, dijangka siap dalam tempoh setahun dan akan mula mengeluarkan 150,000 ekor babi setahun pada 2027.

“Kemudahan ini menggunakan teknologi terkini untuk memastikan biokeselamatan bagi mengelakkan demam babi Afrika (ASF) yang hampir memusnahkan industri penternakan babi di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu di sini.

PFA Pasir Puteh di Simunjan, yang telah mengeksport lebih 350,000 ekor babi bernilai RM312 juta sejak 2017 dan kira-kira 2,500 ekor babi hidup setiap minggu ke Singapura, dijangka mempunyai jumlah keseluruhan babi yang dipelihara di sesebuah ladang (SPP) sebanyak 250,000 manakala Ladang Babi Moden (MPF) Ensengei di Serian, yang masih dalam pembangunan, akan mempunyai SPP sebanyak 50,000 ekor menjelang 2030.

Rundi berkata PFA Selangau dibangunkan oleh Best Pork Sdn Bhd, subsidiari kepada sebuah kumpulan syarikat yang memiliki reputasi kukuh dalam penternakan ayam pedaging dan telur di Sibu.

Beliau menggesa penduduk Selangau agar terlibat dalam perniagaan itu dengan membekalkan daun dan ubi kayu untuk makanan ternakan di ladang tersebut selain mengambil peluang mempelajari penternakan babi.

Rundi turut menzahirkan harapan agar syarikat itu dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan usahawan muda tempatan yang ingin belajar mengenai perusahaan tersebut.

“Kami menyasarkan untuk mengkomersialkan sektor pertanian menjelang 2030 dan berharap dapat meningkatkan pendapatan isi rumah komuniti tani daripada RM6,000 kepada RM15,000 bagi membasmi kemiskinan,” katanya.

Pengarah Urusan Best Pork Sdn Bhd Richard Ngu pula berkata berbekalkan amalan biokeselamatan dan pengurusan alam sekitar yang canggih, kemudahan itu akan menetapkan standard baharu dalam kecekapan serta kelestarian untuk memastikan Sarawak kekal di barisan hadapan pembangunan pertanian di Malaysia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan