Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan Foto hiasan Envato

Parlimen: Ramanan diberi mandat jawab isu hal ehwal masyarakat India

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Dewan Rakyat memberi mandat kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan bagi  menjawab soalan dan isu berkaitan dengan hal ehwal masyarakat India dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 hari ini.

Menerusi satu kenyataan Ramanan berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas bersama beliau dan pengurusan MITRA serta beberapa Ahli Parlimen yang mewakili masyarakat India, dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan pandangan dan idea untuk terus memperkasakan komuniti India.

“Perdana Menteri juga mengarahkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk menyelaras dan memperbanyak program berkaitan komuniti India.

“Bagi tujuan itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan dipertanggungjawabkan untuk menyelia bagi memastikan antara lain peruntukan dalam Belanjawan 2025 bagi komuniti itu mencapai matlamat,” menurut kenyataan itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan