Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Parlimen: Rakan BRICS, Malaysia kekal amal dasar luar negara

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Malaysia kekal mengamalkan dasar luar negara dengan berprinsip dan pragmatik meskipun bergelar rakan dalam gabungan BRICS.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata penyertaan Malaysia dalam BRICS adalah selari dengan pendekatan dasar luar iaitu mendukung multilateralisme atau hubungan pelbagai hala bagi menangani cabaran geopolitik dan juga ekonomi global.

Tegasnya Malaysia sebagai negara yang berdaulat, bebas untuk memilih jenis organisasi yang ingin disertai namun 

turut mempertimbangkan secara terperinci termasuk ia memberi manfaat kepada negara.

“Kita sentiasa komited dalam usaha mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan negara asing, yang mampu untuk memberi manfaat dari segi pembangunan ekonomi, pelaburan serta hubungan dua hala dengan mana-mana negara sekalipun.

“Kita juga mendukung keluhuran undang-undang antarabangsa termasuk piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

Mohamad Alamin berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau berhubung jaminan urusan negara seperti politik, ekonomi dan kedaulatan negara tidak dicampuri oleh negara asing selepas Malaysia menyertai BRICS, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Mohamad keterlibatan Malaysia dalam mana-mana organisasi pada peringkat antarabangsa akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan bergerak secara aktif seterusnya memberi impak yang baik kepada negara.

“Ini dapat dibuktikan menerusi keanggotaan negara dalam PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya,” ujarnya termasuk kelebihan pada Malaysia adalah sebagai pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan