Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Khairul Firdaus Akbar Khan. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Parlimen: MOTAC sedang semak semula Akta Industri Pelancongan

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menyemak semula Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992 (Akta 482) bagi memastikan inklusiviti sektor kebudayaan negara.

Timbalan menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata usaha berkenaan dilaksanakan dengan mengadakan perbincangan bersama-sama pemain industri.

“MOTAC komited untuk membincang dan menerima input daripada pemain industri untuk mencari, dengan izin, middle ground jika perlu, sebelum memuktamadkan sebarang tindakan,” katanya di Dewan rakyat hari ini.

Khairul Firdaus berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor berkaitan sama ada kementerian itu bersedia mengkaji semula dan membatalkan Seksyen 6(1)(i)(iii) AIP 1992 yang mewajibkan setiap bas persiaran menggunakan khidmat pemandu pelancong kerana membebankan pengguna dan pengusaha bas persiaran domestik yang beroperasi secara kecil-kecilan serta tidak melibatkan pelancong asing.

Menurut Khairul Firdaus peraturan di bawah AIP telah mengambil kira ekosistem industri pelancongan tempatan merangkumi keperluan syarikat pengendali pelancongan dan agensi pengembaraan pemandu pelancong, institusi latihan pelancongan, kenderaan pelancongan, dan pendaftaran serta pengelasan premis penginapan pelancong.

Tambahnya MOTAC juga memberikan kelonggaran pengecualian pemandu pelancong di dalam bas persiaran bagi beberapa tujuan dan pengusaha boleh memohon pengecualian berdasarkan syarat ditetapkan.

“Pengusaha pelancongan boleh memohon pengecualian ini berdasarkan syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan