Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung akta berkaitan tahanan rumah dan Titah Adendum tengah hari tadi. Foto Tangkap layar Parlimen Malaysia

Parlimen: Azalina, Takiyuddin tikam lidah isu Titah Adendum

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh berikutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung akta berkaitan tahanan rumah dan Titah Adendum tengah hari tadi.

Suasana menjadi tegang apabila Takiyuddin mencelah Azalina ketika beliau sedang membahaskan Penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 bagi meminta penjelasan mengenai isu-isu berkenaan.

“Saya tidak bertanggungjawab kepada isu tentang pindaan kepada akta penjara ke atau wujudnya akta baharu untuk tahanan baru di rumah,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Pengerang itu, kedua-dua isu tersebut hanya boleh dijawab oleh menteri bertanggungjawab iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Takiyuddin kemudiannya menyoal kedudukan Azalina sebagai menteri kerana tidak mempunyai maklumat mengenai isu berkenaan daripada Peguam Negara.

“Dalam kerajaan Madani ini, saya menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang, saya tidak terlibat dalam pelantikan Peguam Negara, melihat fail dalam pejabat Peguam Negara dan saya tidak terlibat dalam Lembaga Pengampunan,” jawabnya lagi.

Jawapannya itu membangkitkan kemarahan Takiyuddin hingga beliau menggelar Azalina bermain helah.

Situasi tegang itu kemudiannya berjaya dileraikan oleh Speaker Dewan, Tan Sri Johari Abdul. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan