Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki ditahan polis selepas rakaman video yang memaparkannya memukul seekor anjing hingga mati di sebuah bengkel di Kampung Patikang, Keningau. Foto hiasan

Mekanik pukul anjing hingga mati ditahan

KENINGAU, 6 Nov: Seorang lelaki ditahan polis selepas rakaman video yang memaparkannya memukul seekor anjing hingga mati di sebuah bengkel di Kampung Patikang, di sini, tular di laman sosial, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Garai berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang penjawat awam berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, hasil siasatan, kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi, 24 Oktober lalu itu dirakam rakan suspek sebelum dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp tanpa mengetahui kesan di masa akan datang.

“Berdasarkan laporan diterima, polis terus menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan dan menahan suspek di tempat kejadian.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku sebagai individu yang dirakam dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan dibenarkan tahanan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut,” katanya

Yampil berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Yampil berkata, rakaman yang tular di laman facebook itu dikesan dimuatnaik kira-kira jam 12 tengah hari oleh pemilik akaun yang dikenali sebagai “Rupinin Jud”.

Katanya, usaha untuk mengesan penama terbabit masih lagi diteruskan dari segi penyebaran video berkenaan.

“Polis turut berusaha mengesan beberapa orang saksi lain semasa kejadian untuk membantu siasatan lanjut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan