Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Poster rasmi Persidangan dan Ekspo BorneoCraft Global (BCG) 2024

MasterCraft Challenge 2024 buka penyertaan cungkil bakat tersembunyi di Sarawak

ByRegina Lee

KUCHING, 6 Nov: Sempena Persidangan dan Ekspo BorneoCraft Global (BCG) 2024, MasterCraft Challenge 2024 bakal mengadakan acara sulungnya di Sarawak dengan menawarkan peluang bagi individu kreatif dari pelbagai peringkat usia untuk mempamerkan kreativiti dan bakat kraf mereka.

BCG 2024 adalah acara utama yang menghimpunkan para karyawan, penggemar kraf dan pameran budaya dari seluruh rantau ini dengan menjanjikan satu perayaan penuh kreativiti, komuniti dan kesenian.

Bertempat di Tebingan Kuching pada 30 November ini, MasterCraft Challenge mengalu-alukan peserta menonjolkan bakat menggunakan sebarang medium pilihan mereka seperti pertukangan, tembikar, manik, arca, fiber atau bentuk kraf lain dengan mengambil kira masa yang diberikan untuk menyiapkan cabaran dalam masa tiga jam.

Pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM5,000 (tempat pertama), RM3,000 (tempat kedua) dan RM2,000 (tempat ketiga) serta dua hadiah saguhati.

Untuk menyertai, peserta boleh menghantar borang permohonan dan keterangan projek mereka melalui laman web di www.borneocraftglobal.com atau dengan mengimbas kod QR.

Kod QR untuk Mastercraft Challenge 2024

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pasukan sekretariat kami (Stacy atau Teh) di talian 082-555 189 atau dengan mengimbas kod QR yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web di www.borneocraftglobal.com atau media sosial kami di Facebook & Instagram di BorneoCraft Global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan