Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh pada Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Latihan menembak platform tingkatkan kemahiran dalam tugas

KUCHING, 6 Nov: Latihan menembak diadakan bertujuan meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan anggota dalam pengendalian senjata api.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, latihan tersebut merupakan satu aktiviti yang penting bagi penguatkuasaan melatih diri, sekali gus melihat bakat menembak dalam kalangan anggota.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh pada Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Jelasnya, ia juga berperanan dalam meningkatkan tahap kemahiran dan kesiapsiagaan dalam mengendalikan senjata semasa menjalankan tugas di lapangan.

“Latihan menembak ini bukan sahaja merupakan satu aktiviti yang penting bagi penguatkuasaan, tetapi juga sebagai platform untuk kita semua meningkatkan kemahiran dan kebolehan dalam melaksanakan tugas kita.

“Saya percaya, latihan ini akan memberi peluang untuk meningkatkan tahap kemahiran dan kesiapsiagaan dalam mengendalikan senjata semasa menjalankan tugas di lapangan,” katanya.

Beliau berucap semasa Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuching pada Rabu.

Penganjuran latihan tersebut diadakan selama dua hari melibatkan peserta-peserta di Bahagian Kuching sahaja,  disertai dalam lingkungan 90 orang peserta terdiri daripada anggota dan tetamu kehormat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan