Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercakap dalam sidang media selepas hadir Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malbatt 850-12 di Shah Alam hari ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

Laporan penuh siasatan kes buli kadet UPNM dibentang Jumaat ini

ByHafeezzur Muzamir

SHAH ALAM, 6 Nov: Laporan penuh siasatan kes buli membabitkan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan dibentangkan pada jumaat ini, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menteri Pertahanan itu berkata, lembaga siasatan akan meneliti laporan berkenaan sebelum memutuskan tindakan seterusnya kepada pelaku terlibat.

Bunuh Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Jelas beliau mesyuarat yang berlangsung melibatkan jawatankusa yang terdiri daripada pegawai dan wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Mereka akan membuat cadangan (tindakan) bersandarkan kepada garis panduan dan perkara yang melibatkan disiplin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malbatt 850-12 di sini, hari ini.

Bunuh Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Baru-baru ini media melaporkan seorang kadet senior didakwa menekap seterika panas di bahagian dada seorang kadet di asrama UPNM sekitar jam 11.45 malam pada 22 Oktober lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 20 tahun itu telah diminta oleh seniornya untuk menggosok pakaiannya sebelum pelaku secara itu tiba-tiba mengambil seterika tersebut dan menekannya ke dada mangsa.

Bunuh Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Razarudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan senjata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan