Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kereta terbakar selepas kemalangan kendiri di Jalan Teng Kung Suk 2, Sibu, malam tadi. Foto JBPM

Kereta terbakar selepas kemalangan kendiri di Sibu

SIBU, 6 Nov: Sebuah kereta terbakar selepas kemalangan kendiri di Jalan Teng Kung Suk 2 di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Thomson Sumping Crenn berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.07 malam dengan menggerakkan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Waja telah terbakar keseluruhan selepas berlaku kemalangan kendiri.

“Bagaimanapun, pemandu selamat dan tiada mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba terus menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu, sumber air dari jentera untuk memadam kebakaran tersebut.

“Setelah api berjaya dipadamkan serta tiada tercetus kebakaran semula pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan