Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto Parlimen Malaysia (FB)

Kerajaan buka pintu runding peruntukan blok pembangkang – TPM Fadillah

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Kerajaan bersifat terbuka untuk berbincang dengan blok pembangkang berkaitan peruntukan bagi kawasan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut beliau rundingan boleh dibuat secara individu sekiranya pembangkang secara berkumpulan menolak memorandum persefahaman (MoU) yang dibuat.

“Kalau ada dalam kalangan individu Ahli Parlimen (pembangkang) yang nak bincang, saya terbuka, tetapi secara kelompok, seperti yang sudah dinyatakan, mereka menolaknya.

“Ini adalah keputusan pihak parti itu sendiri, saya tidak boleh buat apa-apa,” katanya.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata demikian ketika penggulungan bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025, di Dewan Rakyat, hari ini.

Fadillah mendedahkan tugas bagi melakukan rundingan digalasnya namun beliau memaksa mana-mana pihak yang enggan meneruskannya.

“Setakat ini hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman mewakili parti MUDA yang memberi maklum balas berhubung rundingan MoU terbabit.

“Jadi saya sedang meneliti segala cadangan balas (Muar) dan ia akan dibawa berbincang kepada Whip kerajaan.

“Saya akan panggil Muar nanti untuk maklum balas berhubung apa dikemukakannya,” katanya.

Terdahulu, Fadillah memberitahu pintu rundingan MoU berhubung peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang sudah ditutup pada Selasa.

Beliau menyifatkan, pembangkang sudah menolak ‘pinangan’ dan kerajaan pula tidak ‘merujuk’ berhubung perkara berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan