Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan berapa jumlah program / projek Pembangunan Persekutuan dengan kos di bawah RM50 juta untuk Sabah dan Sarawak bagi ‘Rolling Plan 3 (RP3) dan RP4 Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). Foto fail: Bernama

Jumlah projek pembangunan Persekutuan di bawah RM50 juta di Sabah, Sarawak diketengah Dewan Rakyat hari ini

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Jumlah projek pembangunan Persekutuan dengan kos di bawah RM50 juta untuk Sabah dan Sarawak, isu kos sara hidup rakyat, sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan perkara konflik manusia dan harimau antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan berapa jumlah program / projek Pembangunan Persekutuan dengan kos di bawah RM50 juta untuk Sabah dan Sarawak bagi ‘Rolling Plan 3 (RP3) dan RP4 Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Pada sesi sama, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kasim meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan komitmen kerajaan dalam memberi tumpuan kepada usaha menangani kebimbangan rakyat dalam soal kos sara hidup yang semakin meningkat pada sesi soal jawab.

Turut diketengahkan, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan proaktif kerajaan selain kempen kesedaran umum terhadap premis makanan dan minuman terbuka yang masih belum mendapat sijil halal JAKIM terutamanya melibatkan premis yang sering dikunjungi oleh orang ramai termasuk orang Islam.

Menarik perhatian juga, isu konflik manusia dan harimau, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid bertanyakan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengenai tindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku situasi harimau masuk ke kawasan penempatan awam.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar oleh menteri daripada setiap kementerian.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 35 hari bermula 14 Okt hingga 12 Dis depan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan