Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gunung Fuji, ikon Jepun diselimuti salji pertama musim ini pada Rabu, menjadikannya tarikh paling lewat dalam rekod berikutan cuaca panas yang luar biasa. Foto AFP

Gunung Fuji diselimuti salji pertama musim ini, paling lewat pernah direkodkan

ByBernama

KOFU (Jepun), 6 Nov: Gunung Fuji, ikon Jepun diselimuti salji pertama musim ini pada Rabu, menjadikannya tarikh paling lewat dalam rekod berikutan cuaca panas yang luar biasa, menurut Agensi Berita Kyodo.

Puncak gunung setinggi 3,776 meter yang terletak di antara wilayah Shizuoka dan Yamanashi itu dilapisi salji nipis pada waktu pagi, seperti disahkan oleh seorang wartawan Kyodo News.

Balai cerap Kofu setiap tahun mengumumkan pemerhatian salji untuk gunung tertinggi di Jepun, masih belum dapat mengesahkan salji berkenaan disebabkan awan yang menghalang pandangan.

Setelah disahkan oleh balai cerap, salji pertama ini secara rasmi akan mengatasi rekod sebelumnya yang dicatat pada 26 Okt 1955 dan 2016.

Cuaca panas berterusan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan suhu purata di puncak gunung mencapai 1.6 darjah Celcius pada Oktober, tertinggi bagi bulan itu sejak rekod bermula pada 1932 dan 3.6°C lebih tinggi daripada purata tahunan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan