Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon Republikan Donald Trump melepasi 270 undi badan perwakilan pemilih yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya presiden AS 2024 dan kembali ke Rumah Putih. Foto AFP

Calon Republikan Donald Trump menang pilihan raya presiden AS: Fox News

ByBernama

WASHINGTON, 6 Nov: Calon Republikan Donald Trump melepasi 270 undi badan perwakilan pemilih yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya presiden AS 2024 dan kembali ke Rumah Putih, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Fox News.

Trump menewaskan pencabarnya dari parti Demokrat Kamala Harris, dalam perlumbaan pada Selasa, memperoleh 277 undi perwakilan dan mengesahkan kedudukannya sebagai presiden ke-47 negara itu, menurut Fox News, yang secara tradisinya memihak kepada Trump dan Parti Republikan.

Calon Republikan itu memenangi undian di negeri-negeri penentu termasuk North Carolina, Georgia, Pennsylvania dan Wisconsin serta negeri lain seperti Indiana, Kentucky, West Virginia, Florida, Tennessee, South Carolina, Oklahoma, Mississippi, Alabama, Arkansas, North Dakota, South Dakota, Wyoming, Nebraska, Louisiana, Ohio, Texas, Missouri, Utah, Montana, Kansas, Iowa dan Idaho.

Trump pertama kali dipilih sebagai Presiden pada 2016, menewaskan bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton.

Pada 2020, beliau ditewaskan oleh Joe Biden, yang pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden di bawah Presiden Obama.

Kemenangan ini menjadikan Trump satu-satunya Presiden AS yang berkhidmat dalam penggal tidak berturutan, mengikuti jejak Grover Cleveland, yang berkhidmat dua penggal pada akhir 1800-an.

Sehingga Julai, Trump bersaing dengan Presiden Joe Biden, yang ketika itu mahu meneruskan untuk penggal kedua. Selepas prestasi yang kurang memuaskan dalam debat pada Jun menentang Trump, Biden menghadapi tekanan untuk menarik diri daripada pertandingan, yang akhirnya beliau lakukan beberapa minggu kemudian dengan memberi sokongan kepada Kamala Harris, Naib Presidennya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan