Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kebangkitan politik yang luar biasa dan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS). Foto fail AFP

Anwar ucap tahniah kepada Trump atas kemenangan dalam pilihan raya presiden AS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kebangkitan politik yang luar biasa dan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Dalam hantaran di Facebook dan X, Anwar berkata babak baharu ini membawa peluang yang diperbaharui dan Malaysia bersedia untuk bergerak ke hadapan dengan kerjasama, optimisme, dan matlamat bersama.

“Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan presiden baharu ini bagi meraih manfaat bersama untuk rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Anwar menekankan bahawa AS kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar Malaysia dan pemain penting di rantau Asia Pasifik.

Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Perdana Menteri berkata Malaysia berharap AS akan memberi nafas baharu dalam penglibatannya dengan Asia Tenggara.

“Kami juga menggesa AS menggunakan pengaruhnya yang besar untuk membantu menghentikan keganasan dan kehilangan nyawa yang dahsyat di Palestin dan Ukraine,” katanya.

Calon Republikan Trump, 78, telah mengisytiharkan kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden AS 2024 mengatasi calon Demokrat, Kamala Harris. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan