Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan sebanyak 2,113 kekosongan jawatan guru sekolah di Sarawak setakat ini belum terisi.Foto fail, Bernama.

Usaha pencarian MH370, penentuan takrif T15 dan langkah atasi ombak di pantai Sarawak jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Usaha pencarian MH370, penentuan takrif golongan T15, serta langkah  menangani masalah ombak laut yang menyebabkan hakisan pantai hingga merosakkan ban pertanian tepi pantai di sepanjang garisan pantai Sarawak  dan langkah kerajaan dalam menyelesaikan kelewatan projek tebatan banjir antara tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen pada Selasa, Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin akan mengemukakan pertanyaan kepada Menteri Pengangkutan berhubung kemas kini kerajaan meneruskan usaha mencari pesawat MH370.

Seterusnya pagi ini turut menyaksikan Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan akan bertanya kepada Menteri Kewangan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri mengenai kaedah penentuan golongan T15 khususnya untuk penyasaran subsidi petrol RON95 bermula pertengahan tahun depan.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab juga bakal melontar persoalan kepada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung perancangan kementerian untuk menangani masalah ombak laut yang menyebabkan hakisan pantai serius dan merosakkan ban pertanian tepi pantai di sepanjang garisan pantai Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri itu juga bakal menjawab pertanyaan Ahli Parlimen, Pengkalan Chepa Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary berkaitan langkah drastik menyelesaikan kelewatan projek tebatan banjir dan kesan langsung daripadanya dalam menghadapi jangkaan banjir besar khususnya di pantai timur.

Usai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 yang memasuki hari terakhir hari ini sebelum diikuti sesi penggulungan oleh menteri daripada setiap kementerian selama empat hari bermula esok.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Okt hingga 12 Dis depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan