Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan calon Demokrat, Kamala Harris, sedang bersaing sengit menjelang pilihan raya presiden. Foto AFP

Trump seimbangi Harris dalam tinjauan terkini menjelang pilihan raya

ByBernama

MOSCOW, 5 Nov: Calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan calon Demokrat, Kamala Harris, sedang bersaing sengit menjelang pilihan raya presiden, menurut tinjauan terkini Leger yang dikeluarkan oleh New York Post pada Isnin, lapor RIA Novosti/Sputnik.

Kedua-dua calon memperoleh sokongan 49 peratus menjelang pengundian pada Selasa, manakala dua peratus responden lain menyatakan mereka akan mengundi calon lain.

Trump dan Harris juga sama-sama dijangka dapat memperbaiki kualiti hidup rakyat Amerika, masing-masing pada 44 peratus, namun calon Republikan itu mendahului pesaing Demokratnya dari segi kejelasan pelan strateginya untuk ekonomi, dengan 45 peratus berbanding 42 peratus.

Tinjauan itu dijalankan dari 31 Oktober hingga 3 November melibatkan 950 pengundi berkemungkinan, dengan margin ralat tidak melebihi tiga mata peratusan.

Dimiliki oleh News Corporation milik Rupert Murdoch, New York Post telah menyokong Trump untuk jawatan Presiden pada akhir Oktober. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan