Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kurator Muzium dan Galeri Yayasan Tun Jugah, Janet Rata Noel (kanan) dan Shirley Vilin ketika ditemui TVS hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Teknik tenun tekstil Iban diketengah pada Simposium Tekstil Tradisional ASEAN

ByAkma Salleh

VIENTIANE, 5 Nov: Teknik tenunan tekstil Iban dibincang dan diketengahkan pada Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-9 (ATTS 9) hari ini.

Menurut Kurator Muzium dan Galeri Yayasan Tun Jugah, Janet Rata Noel, ia bagi mendapat pandangan negara ASEAN lain berhubung proses tenunan.

Teknik tenunan tekstil Iban diketengah di Simposium Tekstil Tradisional ASEAN | TVS

“Tekstil tradisional orang Iban bukan sahaja Pua Kumbu, kita ada kebat atau ikat, Iban sungkit, Iban pilih, karap dan Subak yang menggunakan kaedah anyaman permaidani atau tapestry weave.

“Di sini kita akan menunjukkan kemahiran penenun Iban, mereka bukan sahaja boleh menggunakan teknik tenun, tetapi juga mahir dalam teknik yang lain,” katanya ketika ditemui TVS pada Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-9 (ATTS 9) di sini.

Tambah Janet lagi, tekstil tradisional Iban telah mengalami perubahan ketara sepanjang tahun, terutamanya dalam penggunaan bahan mentah seperti peralihan daripada kapas ke sutera, serta perubahan dalam bahan pewarna yang digunakan.

Reka bentuk dan corak juga mengalami revelosi iaitu beberapa corak asli diberi nafas baharu bagi memberi ruang untuk variasi dan inovasi.

“Kebiasaannya masyarakat Iban akan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti sutera dan kapas.

“Bagaimanapun untuk pewarna semula jadi itu, kita lazimnya menggunakan ‘engkudu’ sebab senang untuk ditanam serta sesuai untuk sutera.

“Untuk kain jenis kapas pula ia terpaksa diolah sebelum menggunakan warna dari engkudu. Sementara itu, antara warna lain yang kita gunakan dari hutan adalah ‘engkerebai’ dan kita akan terus menggunakan sumber semula jadi,” jelasnya.

Terdahulu, Janet yang juga penceramah bagi ATTS 9 berkata, proses tenunan manual yang digunakan oleh masyarakat Iban adalah sangat rumit dan memerlukan ketelitian yang tinggi.

Ujarnya, setiap langkah memerlukan kesabaran, kecekapan dan masa yang panjang untuk dikuasai.

“Tidak ada jalan pintas untuk menguasai seni tenunan ini dan menjadikannya suatu warisan yang bernilai dan terus dipelihara dalam masyarakat Iban.

Keaslian teknik ini tidak hanya mencerminkan kemahiran dan dedikasi tetapi juga mengikat erat identiti budaya Iban yang terus dipertahankan dan dihargai,” katanya.

Sementara itu, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut berkenan memberi cadangan kepada Yayasan Tun Jugah dan masyarakat Iban agar lebih ramai golongan lelaki mengambil bahagian atau melibatkan diri dalam bidang tenunan supaya boleh memperluaskan lagi penglibatan dan kepelbagaian dalam seni warisan ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan