Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin pada majlis perasmian Hari Ahli dan Teknologi Pertanian Persatuan Penanam Bahagian Miri, hari ini. Foto Tasha Jenkins (TVS)

Sokong usaha mempromosikan pertanian moden

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 5 Nov: Persatuan Penanam Sayuran Malaysia bersama dengan Persatuan Penanam Bahagian Miri, tampil mempromosikan produk moden seperti baja organik serta teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) yang berpotensi mengangkat sektor pertanian ke tahap lebih tinggi.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin menekankan kepentingan pertukaran pengetahuan antara petani untuk meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

“Melalui pertukaran pengetahuan dan idea ini, kami berharap dapat meningkatkan produktiviti para petani di Sarawak,” beliau berkata demikian ketika ditemui TVS pada perasmian Hari Ahli dan Teknologi Pertanian Persatuan Penanam Bahagian Miri, hari ini.

Menurutnya, Persatuan Penanam tersebut akan terus mengadakan jelajah ke seluruh negeri bagi memberikan pendedahan kepada petani tempatan mengenai amalan terbaik dalam pertanian.

Kim Shin juga berkata ada perancangan untuk mengadakan lawatan ke China tahun hadapan untuk menyertai ekspo pertanian di negara tersebut, membolehkan petani Sarawak memperoleh pengetahuan baru dalam penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan secara lebih produktif.

Dalam usaha menyokong matlamat pembangunan mampan, beliau turut menggesa para petani untuk meminimumkan penggunaan bahan kimia serta mengutamakan penggunaan tenaga hijau.

“Selari dengan matlamat pembangunan mampan, kita juga perlu mengurangkan perlepasan gas rumah hijau dalam aktiviti pertanian,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan