Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Dr Sabariah Putit ketika ditemui TVS pada Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-9. Foto Fiqri Razak (TVS)

Simposium Tekstil Tradisional ASEAN platform Sarawak perkenal produk warisan

ByAkma Salleh

VIENTIANE, 5 Nov: Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-9 (ATTS 9) menjadi platform dan peluang kepada Bumi Kenyalang memperkenalkan produk warisan ke mata dunia.

Penasihat Fesyen, Tekstil dan Warisan CENTEXS Commercial, Datu Dr Sabariah Putit berkata, menerusi penglibatan dalam simposium itu, Sarawak boleh belajar dan bertukar pandangan dengan negara ASEAN yang lain untuk melestari dan memelihara produk warisan yang ada dengan lebih mampan.

“Saya melihat ini sebagai satu platform dan peluang. Kalau kita perhatikan di Laos, adalah sangat menarik dan unik kerana mereka menggunakannya (tekstil tradisional) setiap hari. Sebenarnya itu akan membantu penenun tempatan untuk mengembangkan ekonomi melalui pengeluaran tekstil.

“Jadi kita belajar dari situ dan kita boleh menggunakan pendekatan ini supaya ia tidak hilang dek zaman,” katanya ketika ditemui TVS pada Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-9 (ATTS 9) di sini.

Dalam masa sama Sabariah berkata, golongan muda juga digalakkan untuk menjadi lebih inovatif agar setanding dengan Laos.

“Di sini (Laos) kita lihat tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam beberapa karya warisan sama ada tekstil ataupun kraft sangat moden dan komtemporari tetapi berkualiti tinggi.

“Kita boleh menggunakan usaha sedemikian untuk memastikan kemampanan yang dapat kita sampaikan kepada generasi akan datang serta menggunakan platform digital yang kita ada sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut, Sabariah turut memaklumkan CENTEXS amat berbesar hati kerana turut diberi peluang mengambil bahagian dalam simposium tersebut.

“Kami sangat berbesar hati untuk mempersembahkan Sarawak sebagai sebahagian daripada Malaysia dalam acara ini. Ini adalah kali kedua kami terlibat dalam ATTS.

“Dengan adanya Simposium Tekstil ASEAN ini, kami percaya ia adalah masa yang tepat untuk memperkukuh kerjasama dengan masyarakat ASEAN melalui tekstil, yang sekaligus merupakan minat mendalam kami,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan