Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak teliti lokasi pejabat di Abu Dhabi

ByShafik Ahmad

ABU DHABI, 5 Nov: Sarawak kini sedang meneliti lokasi yang sesuai untuk menempatkan pejabatnya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai langkah memperkukuhkan kerjasama strategik dengan Abu Dhabi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pejabat tersebut akan diurus oleh dua entiti utama negeri, iaitu Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Menurut beliau, penempatan pejabat itu bertujuan untuk memperluaskan hubungan kerjasama dengan negara-negara di Timur Tengah dan ASEAN yang lain.

Mengulas lanjut, Abang Johari mendedahkan pejabat tersebut juga akan berperanan dalam berkongsi teknologi dan amalan terbaik dengan pihak Abu Dhabi, yang terkenal dalam sektor tenaga dan inovasi teknologi.

“Abu Dhabi sudah ada pusat data, dijanakan oleh tenaga diperbaharui melalui solar dan mereka ada berkongsi bersama pihak pelabur.

“Kemungkinan kalau kita melihat ada keserasian di antara Timur Tengah dan juga kita, mungkin kita dari peringkat ASEAN akan menjadi satu kerjasama erat di antara Timur Tengah dan kita juga di Asia.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Abu Dhabi, UAE selepas melakukan lawatan ke Bandar Masdar pada Selasa.

Keputusan ini turut mencerminkan usaha Sarawak untuk memanfaatkan potensi sumber dan teknologi yang dimiliki oleh Abu Dhabi, selain memperkukuhkan hubungan diplomatik dan perdagangan di peringkat global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan