Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dick Lembang Dugun

Sarawak, Sabah patut dapat layanan sebagai rakan setara

KUCHING, 5 Nov: Gesaan untuk Kerajaan Persekutuan mengembalikan kuota 35 peratus atau satu pertiga daripada bilangan kerusi Parlimen kepada Sarawak dan Sabah harus diterima negeri di Semenanjung Malaysia.

Penganalisis Politik, Dick Lembang Dugun berkata, ini kerana pembentukan Persekutuan Malaysia melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bukan hanya antara negeri di Semenanjung Malaysia.

“Perlu diingatkan bahawa jelas sekali empat wilayah berkenaan yang terlibat dalam pembentukan Malaysia bukannya antara negeri-negeri di Semenanjung.

“Justeru, keadilan dan kesaksamaan akan dimaktubkan dengan lebih baik kerana sebagai rakan kongsi setara, kedua-dua wilayah ini mempunyai hak untuk menuntut satu pertiga kerusi Parlimen,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan perlu menangani isu tersebut dengan berhati-hati kerana Sabah dan Sarawak mempunyai hak untuk menuntut kerusi tambahan iaitu 15 kerusi yang diberikan kepada Singapura pada awal pembentukan Persekutuan Malaysia sepatutnya diberikan secara sama rata selepas keluar pada tahun 1965.

“Dengan peruntukan kerusi Parlimen satu pertiga ini, ia menunjukkan dengan jelas apa yang termaktub di bawah Perkara 20 untuk Sabah dan Perkara 18 untuk Sarawak sebagai jaminan perlindungan.

“Ia juga bagi memastikan hak rakyat kedua-dua wilayah ini terus terpelihara. Sudah tentu, dengan kuota kerusi tersebut, kuasa rundingan juga akan meningkat. Begitu juga dari sudut merapatkan jurang pembangunan,” ujarnya.

Menurutnya, ia penting memandangkan Sabah dan Sarawak yang merupakan rakan kongsi yang jauh ketinggalan dari sudut pembangunan khususnya infrastruktur asas.

“Kini, dengan Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seharusnya perkara ini dilaksanakan melalui pindaan perlembagaan untuk menunjukkan semangat sebenar Perjanjian Malaysia (MA63).

“Ia Sekali gus memperlakukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setara dalam pembentukan Malaysia dan memberikan jaminan perlindungan selayaknya,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan