MIRI, 5 Nov: Seorang remaja perempuan rentung dalam kebakaran dua rumah di Jalan Grand Park di sini, awal pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Yuan Ruohan berumur 13 tahun, warganegara China.
“Komander operasi bomba melapor terdapat seorang mangsa ditemui rentung. Mangsa rentung seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sejurus menerima panggilan kecemaran pada 3.08 pagi, JBPM menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dan Miri Sentral ke lokasi kejadian.
Operasi pemadaman terkawal pada 5.16 pagi dan tamat pada 5.18 pagi.