Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi BN, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media selepas majlis Pelunjuran Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia di sini, hari ini.

PRN Sabah: BN tidak ‘tutup pintu’ bekerjasama dengan parti lain

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Parti Barisan Nasional (BN) tidak menolak peluang untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Pengerusinya, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun demikian BN jelas dengan pendirian parti itu berhubung kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Kita tidak menutup pintu untuk kerjasama dengan mana-mana parti.

“Sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Kerajaan Perpaduan, asasnya adalah kolaborasi antara PH dan BN.

“Perkara ini perlu diperkukuhkan di Peringkat Persekutuan dan Peringkat Negeri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelunjuran Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia di sini, hari ini.

Tambah Timbalan Perdana Menteri itu, perkara terbabit juga telah dipersetujui pada Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa parti Warisan akan bertanding solo pada PRN Sabah akan datang selepas rakan potensinya BN dilihat bakal bekerjasama dengan PH dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan