Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bercakap dalam satu sidang media di IPK Selangor baru-baru ini. Foto TVS

Polis Selangor serbu pusat hiburan tidak berlesen, 45 warga asing ditahan

ByHafeezzur Muzamir

SHAH ALAM, 5 Nov: Seramai 45 warga asing dan tiga rakyat tempatan ditahan polis menerusi serbuan di pusat hiburan tidak berlesen yang beroperasi di rumah kedai di Selangor baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan menerusi Op Noda itu dilakukan pada 31 Oktober dan 1 November lepas.

Beliau berkata dalam operasi pertama di Desa Aman Puri, Kepong, seorang warga tempatan ditahan serta polis turut merampas pelbagai peralatan dan wang tunai.

“Antara yang dirampas termasuk satu unit pembesar suara, komputer riba, mikrofon, ‘controller’, empat keping resit perniagaan dan wang tunai berjumlah RM528.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1959, Seksyen 6(1) Ehdtth 1997 Selangor dan Seksyen 6(1) (c) Акта Imigresen 1963,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, kesemua tangkapan direman kali pertama selama empat hari bermula 1 November sehingga semalam, manakala bagi warga tempatan disambung reman sehingga hari ini.

Katanya, kesemua warga asing juga telah direman oleh Jabatan Imigresen Malaysia selama 14 hari.

Sementara itu, operasi kedua di Taman Perindustrian Puchong Utama, beliau memberitahu polis turut merampas pelbagai peralatan perniagaan dengan dua warga tempatan diberkas.

“Kedua-dua pusat hiburan ini didapati beroperasi tanpa lesen dan dalam siasatan pihak polis untuk tindakan undang- undang ke atas pemilik dan pengurus perniagaan,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan