Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesta Pelancongan Antarabangsa Taipei 2024 yang diadakan dari 1 hingga 4 November di Taiwan, baru-baru ini. Foto STB

Pesta Pelancongan Antarabangsa Taipei 2024 promosi keunikan Sarawak di mata dunia

ByWilly Jali

KUCHING, 5 Nov: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) memperkenalkan pengalaman pelancongan unik di Sarawak kepada pelancong Taiwan di Pesta Pelancongan Antarabangsa Taipei (ITF) 2024 yang diadakan dari 1 hingga 4 November di Dewan Pameran Nangang 1.

STB dalam satu kenyataan memaklumkan, acara yang menarik hampir 350,000 pengunjung ini mengetengahkan pelbagai produk pelancongan Sarawak yang sejajar dengan minat pelancong Taiwan terhadap pengalaman budaya asli dan percutian berasaskan alam semula jadi.

“Tapak Warisan Dunia UNESCO Sarawak, Taman Negara Mulu dan Taman Negara Niah menjadi tarikan utama. Selain itu, pengalaman lawatan hidupan liar dan tapak warisan budaya seperti Kampung Budaya Sarawak dan penginapan di rumah panjang.

“Pengunjung Taiwan juga menunjukkan minat mendalam terhadap sajian kulinari Sarawak, termasuk laksa Sarawak dan mi kolok,” menurut kenyataan itu.

Acara dengan kerjasama Royal Brunei Taiwan itu menekankan lima bidang pelancongan utama Sarawak iaitu (budaya, pengembaraan, alam semula jadi, festival dan makanan) yang merupakan kekayaan budaya dan alam semula jadi di Sarawak.

Selain itu, tiga syarikat pelancongan Taiwan memperkenalkan pakej pelancongan eksklusif ke Sarawak yang mendapat sambutan yang menggalakkan.

Dalam pada itu, Royal Brunei Taiwan turut menambah daya tarikan Sarawak melalui promosi pakej destinasi dua negara yang membolehkan pelancong Taiwan menerokai Kuching dan Brunei.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran STB untuk Pasaran Asia Utara dan Pasaran Baru, Dylan Redas Noel berkata, beliau teruja dengan sambutan yang amat menggalakkan di ITF 2024 dan yakin bahawa acara ini sekali gus mampu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong Taiwan.

“Kami amat teruja dengan sambutan positif daripada pelancong Taiwan di ITF 2024. Tawaran ini sejajar dengan minat pasaran Taiwan dan kami yakin bahawa semangat yang ditunjukkan ini akan meningkatkan jumlah kedatangan pelancong Taiwan,” ujarnya.

Pada awal 2024, sesi pertemuan perniagaan di Taipei dan Taichung telah berjaya meningkatkan minat pelancong Taiwan dan menjadikan Taiwan salah satu daripada 10 pasaran utama Sarawak.

Melalui peningkatan perjalanan luar negara oleh pelancong Taiwan, STB komited untuk meningkatkan daya tarikan dan menyediakan pengalaman menarik di Sarawak yang tidak dapat dilupakanpelancong Taiwan.

Penglibatan STB mencerminkan komitmennya untuk mendekati pasaran yang semakin berkembang sekaligus mempromosikan Sarawak sebagai destinasi percutian terunggul di mata dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan