Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perbezaan batik Indonesia dan Malaysia cukup mencolok atau menonjol sehingga mendapat sambutan ramai pihak. Foto Rumah Batik Komar

Perbezaan pembuatan batik Bandung

ByAkma Salleh

VIENTIANE, 5 Nov: Perbezaan batik Indonesia dan Malaysia cukup mencolok atau menonjol sehingga mendapat sambutan ramai pihak.

Walaupun mempunyai akar budaya yang sama, namun pembuatan batik Indonesia dan Malaysia sebenarnya agak berbeza. Ini termasuk dari segi teknik, pembuatan, motif dan warna.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Rumah Batik Komar, Recksha Herditya, proses pembuatan batik di Indonesia menggunakan dua kaedah utama iaitu batik tulis dan batik cap.

Pegawai Perhubungan Awam Rumah Batik Komar, Recksha Herditya. Foto Fiqri Razak (TVS)

“Secara umumnya batik Indonesia menggunakan lilin dan kita ada batik tulis dan batik cap.Batik tulis dibuat menggunakan canting, alat khas yang digunakan untuk melukis corak pada kain dengan lilin, manakala, batik cap pula menggunakan acuan tembaga bercorak yang dicelup dalam lilin dan kemudian ditekan pada kain untuk menghasilkan corak,” katanya ketika ditemui TVS pada Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-9 (ATTS9), di sini.

Menurut Recksha lagi, kaedah itu juga akan mempengaruhi jenis warna dan motif, semakin rumit motif dan warna yang diperlukan semakin tinggi harga yang akan dikenakan, antara bahan lain yang digunakan termasuklah kapas dan sutera.

“Untuk bahan kami memang menggunakan bahan semula jadi seperti kapas, sutera, serat nanas atau buluh. Kami tidak menggunakan bahan seperti plastik atau poliester kerana kaedah tadi menggunakan lilin panas, kalau terkena plastik  ia akan meleleh,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya pula mengenai sumber semula jadi yang diperlukan, Recksha berkata, setakat ini mereka masih mudah mencari bahan-bahan semula jadi itu.

“Setakat ini, di Indonesia kami masih cukup mudah untuk mendapatkan bahan, kerana kapas cukup banyak dan sutera juga mudah untuk dicari. Jadi kami tidak berdepan dengan masalah untuk penghasilan batik kami,” jelasnya.

Untuk rekod, Rumah Batik Komar dimiliki oleh Dr. H. Komarudin Kudiya atau lebih mesra dipanggil Komar. Rumah Batik ini ditubuhkan pada tahun 1998 dengan memperkenalkan keindahan Batik Cirebonan yang sangat klasik.

Selain itu, Batik Komar turut menyediakan perkhidmatan pembuatan cap batik yang direka khas mengikut citarasa pelanggan, dan menyediakan koleksi produk siap pakai (RTW) seperti kemeja, selendang, hijab dan lain-lain lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan