Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis mencatatkan peningkatan pada pagi ini, manakala di Johor dan Perak menunjukkan sedikit penurunan. Foto Bernama

Parlimen: Teknologi AI, data raya turut diaplikasi dalam projek tebatan banjir

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut mengaplikasi pendekatan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan data raya (big data) dalam projek pembangunan tebatan banjir, kata Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Timbalan Perdana Menteri itu mendedahkan inisiatif berkenaan dibangunkan dalam Program Ramalan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 3.

“Ia merangkumi ‘Development of National Flood Focasting & Warning System’ dan juga ‘AI Flood Focasting & Warning System’.

“Dengan sistem ini kita mengharapkan daripada data-data yang dihimpunkan daripada telemetri dan meteorologi maka data ini akan diakses daripada komputer dan kita dapat membuat ramalan awal di mana berlaku banjir…bila dan sebagainya,” katanya.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan tambahan daripada Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya ramalan awal terbabit akan dikongsikan bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang terlibat serta masyarakat sebagai langkah berjaga-jaga.

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) juga menurut Fadillah membangunkan pembangunan Integrated Foadcast Operation System (IFORCE) yang menggunakan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

“Ini adalah portal untuk masyarakat mengakses informasi banjir, di mana berlaku banjir, ketinggian air dan sebagainya…Program ini sedang dirangka dan dijangka siap 2030,” ujarnya.

Terdahulu, Fadillah mendedahkan punca utama kelewatan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan isu pengambilan tanah untuk diselesaikan kerajaan negeri.

“Selain itu isu pengalihan utiliti juga kerana kita hendak mengalih utiliti setempat mesti mendapatkan kebenaran starikat pemiliknya secara rundingan dan sebagainya…secara umum jika itu berlaku ia tidak menjejaskan harga cuma kita kena bagi lanjutan waktu untuk mereka siapkan dalam kontrak sama ada secara konvensional atau ‘design and built’.

“Kaedah ini tiada perubahan harga kerana mereka (pemaju) sudah terikat dengan harga yang diperesetujui kontrak iaitu sewaktu SST (cukai Jualan dan Perkhidmatan) dikeluarkan,” jelasnya.

Fadillah mendedahkan perubahan harga pula berlaku sekiranya terdapat skop kerja berubah di lapangan projek susulan tapak tidak sesuai.

“Itu menyebabkan perubahan harga yang diizinkan di bawah perjanjian dan jika peruntukan tidak cukup kita akan memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Ekonomi dan itu mungkin akan menjejaskan kos kontrak itu sendiri,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan