Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Harga tiket penerbangan yang tinggi hingga mencecah RM1,000 sehala merupakan antara faktor menurunkan kadar pelancong ke Sarawak dan Sabah, sekali gus menjejaskan ekonomi setempat.Foto CAAM (FB)

Parlimen: Struktur semula CAAM, bagi serah peranan kepada Sarawak, Sabah

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dicadang agar distruktur semula dengan memberi peranan kepada Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Sabah berhubung menangani isu pengurangan penerbangan dan harga tiket tinggi.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata penstrukturan semula ini meliputi cadangan pewujudan tiga sub regional authority, meliputi Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Saya difahamkan keadaan ini sama dengan General Civil Aviation Authority (GCAA) of UAE dengan SubRegional Authority untuk Dubai, Abu Dhabi dan Sharjah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Isnin.

Ahli Parlimen Keningau itu mendedahkan harga tiket penerbangan yang tinggi hingga mencecah RM1,000 sehala merupakan antara faktor menurunkan kadar pelancong ke Sarawak dan Sabah, sekali gus menjejaskan ekonomi setempat.

Sehubungan itu beliau berharap Kerajaan Persekutuan dan menteri berkenaan mengambil tindakan untuk menangani isu pengurangan penerbangan dan harga tiket penerbangan yang mahal.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah menyifatkan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penambahan RM6.7 bilion kepada peruntukan pembangunan Sabah sebagai memenuhi hak negeri berkenaan seperti mana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Penambahan peruntukan ini sekali gus membolehkan negeri itu meneruskan projek pembangunan pada tahun terakhir pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) tahun depan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan