Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nilai mata wang negara masih lagi menunjukkan pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), meskipun terdapat pelbagai perkembangan dan penyesuaian pasaran baru-baru ini. Foto hiasan Envato

Parlimen: Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Nilai mata wang negara masih lagi menunjukkan pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), meskipun terdapat pelbagai perkembangan dan penyesuaian pasaran baru-baru ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata Ringgit mengukuh 5.03 peratus berbanding dolar AS setakat 4 Nov.

“Ringgit juga telah mengukuh berbanding mata wang negara serantau iaitu sebanyak 13.3 peratus berbanding Yen, 12.2 peratus berbanding Won, 7.5 peratus berbanding Rupiah dan 3.7 peratus berbanding Baht.

“Dari segi perkembangan global, perubahan jangkaan kadar dasar monetari yang lebih rendah dalam ekonomi utama global, khususnya di AS telah menyumbang kepada pengukuhan Ringgit,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkenaan prestasi Ringgit tahun ini berbanding dolar AS dan mata wang asing negara lain.

Ujarnya, faktor global seperti pergolakan geopolitik di Timur Tengah dan pilihan raya AS turut menyumbang kepada turun naik pasaran kewangan global.

Katanya lagi, ekonomi Malaysia juga berkembang secara purata 5.1 peratus setakat suku ketiga 2024.

“Seterusnya, ekonomi negara dijangka mencatat perkembangan antara 4.8 hingga 5.3 peratus untuk keseluruhan tahun ini, dengan kadar inflasi rendah dan terkawal pada 1.8 peratus pada September 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan