Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keputusan Sarawak mengambil alih MASwings tidak akan memberi implikasi kepada subsidi tiket penerbangan semasa. Foto MASwings (FB)

Parlimen: Proses Sarawak ambil alih MASwings muktamad sebelum hujung tahun ini

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings oleh Kerajaan Sarawak bakal dimuktamadkan sebelum hujung tahun ini.

Menurut Loke ketika ini kedua-dua belah pihak giat melakukan rundingan berkaitan perkara berkenaan.

Proses ambil alih MASwings dimuktamad sebelum hujung tahun | TVS

“Saya difahamkan ada beberapa mesyuarat akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Mereka akan cuba selesaikan sebelum hujung tahun ini,” katanya.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata demikian di Dewan Rakyat, hari ini bagi menjawab pertanyaan tambahan Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan berkaitan perkembangan rundingan terbabit ketika ini.

Selain itu, Loke memberi jaminan kepada Mohd Nazri bahawa keputusan Sarawak mengambil alih MASwings tidak akan memberi implikasi kepada subsidi tiket penerbangan semasa.

“Saya yakin ia takkan terjejas dari segi perkhidmatan luar bandar kerana kita ada perjanjian dengan (Kerajaan Sarawak.

“Selepas mereka ambil alih, subsidi untuk perkhidmatan luar bandar akan diteruskan, jadi tak ada masalah untuk penduduk (luar bandar),” ujarnya.

Terdahulu, pada 23 Okt lepas Loke pernah memberitahu kerajaan akan terus mengekalkan subsidi penerbangan luar bandar di Sarawak dan Sabah meskipun MASwings diambil alih oleh Sarawak selepas ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan