Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia dan Sukan Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Parlimen: KBS bangunkan sistem pendigitalan tempahan ‘venue’ konsert, lebih telus

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang membangunkan sistem tempahan pendigitalan berskala besar di venue utama penganjuran konsert yang dijangka beroperasi pada tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata sistem tempahan secara digital itu bakal menggantikan sistem tempahan secara manual yang disifatkan kurang telus.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan 16 syarikat dan mereka menyatakan mahu bawa masuk banyak artis antarabangsa seperti Hong Kong, China, Hindustan, Tamil, Korea dan pelbagai lagi negara kerana kita ada pasaran di sini.

“Saya juga ingin maklumkan bahawa tempahan untuk venue Axiata Arena untuk tahun hadapan sudah penuh sehingga hujung tahun,” katanya.

Hannah berkata demikian ketika menjawab persoalan Ahli Parlimen, Khoo Poay Tiong di Dewan Rakyat hari ini berhubung usaha  kerajaan meningkatkan hasil negara melalui penganjuran lebih banyak konsert serta menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai fasiliti pelbagai guna bertaraf dunia.

KBS menurut Hannah, sentiasa memastikan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) rt serta menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai fasiliti pelbagai guna bertaraf dunia.

Hannah berkata, KBS sentiasa memastikan PSM yang bertanggungjawab dalam pengurusan ‘venue’ di Kuala Lumpur Sports City (KLSC) diurus dan diselenggara supaya dapat dimanfaatkan secara optimum.

“PSM sedang menyediakan dua tapak semaian seluas 8 ekar untuk digunakan sebagai rumput gentian yang mampu ditukar…Contohnya selepas konsert dan terdapat pula perlawanan bola sepak dalam masa terdekat, konsep ‘lay and play’ digunakan bila perlu,” jelasnya.

Selain itu, Hannah memberitahu KBS bekerjasama dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menggalakkan ketelusan dalam setiap bidang yang selama ini dikuasai elemen kartel.

“Kerjasama ini mampu mengelakkan pembaziran dan mempunyai lebih banyak hsil agensi yang boleh digunakan untuk menambah baik fasaliti tanpa bergantung sepenuhnya dengan peruntukan kerajaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hannah turut mendedahkan bagi tahun 2024, sehingga Oktober sebanyak RM2.147 juta hasil sewaan venue telah direkodkan melibatkan sebanyak 26 penganjuran acara sukan di KLSC. 

Manakala bagi tempoh yang sama, menurutnya sebanyak 54 penganjuran acara bukan sukan telah direkodkan melibatkan kutipan hasil sewaan venue sebanyak RM8.5 juta. 

Ini menjadikan dedahnya jumlah keseluruhan kutipan hasil sewaan venue sehingga Oktober 2024 adalah sebanyak RM10.647 juta.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan