Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Foto Jabatan Penerangan Malaysia.

Parlimen: FLYsiswa diteruskan sebagai inisiatif tahunan

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Kerajaan meneruskan pemberian subsidi tiket penerbangan termasuk inisiatif FLYsiswa dan subsidi tiket musim perayaan kepada pelajar institut pengajian tinggi awam dengan perbelanjaan berjumlah RM48 juta pada tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif bantuan subsidi tiket penerbangan terbabit telah dimasukkan ke dalam Belanjawan 2025 selepas dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 September lalu.

“Keputusan Jemaah Menteri mencerminkan tekad kerajaan untuk mengukuhkan integrasi wilayah antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dan memupuk perpaduan kebangsaan selari dengan semangat Persekutuan Malaysia,” katanya.

Loke berkata demikian dalam menjawab pertanyaan yang diajukan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Sahfie Apdal di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mendedahkan inisiatif berkenaan telah memanfaatkan lebih 52,030 mahasiswa pada tahun ini.

“Setakat 4 November 2024, sebanyak 35,183 daripada 52,030 mahasiswa yang layak atau 68 peratus telah menebus baucar FlySiswa.

“Daripada jumlah mahasiswa yang layak mendapat bantuan FLYsiswa pada tahun 2024, 42.7% (22,226) adalah berasal dari Sabah manakala 36.8 peratus (19,171) berasal dari Sarawak,” katanya.

Diperkenalkan pada tahun 2023, FLYsiswa merupakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar universiti awam, pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pelajar matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bantuan subsidi ini dilaksanakan melalui kaedah pemberian baucar credit shell digital bernilai RM300 bagi pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan