Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki patah tangan kanan selepas kereta dipandu terbabas masuk ke dalam parit di Kampung Nowang Sibuluh, Jalan Bau-Lundu hari ini. Foto JBPM

Lelaki patah tangan kanan selepas kereta dipandu terbabas masuk parit

BAU, 5 Nov: Seorang lelaki patah tangan kanan selepas kereta dipandu terbabas masuk ke dalam parit di Kampung Nowang Sibuluh, Jalan Bau-Lundu di sini, petang tadi.

Komander Operasi, Daniel Teo berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.55 petang dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah Perodua Kelisa yang dinaiki seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 27 tahun terbabas masuk ke dalam parit.

“Seorang mangsa lelaki mengalami patah tangan kanan dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba membuat size up dan mengarahkan anggota mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan KED dan spinal board.

“Setelah berjaya dibawa keluar mangsa diberi rawatan awal oleh unit EMRS sebelum dibawa ke Hospital Bau untuk tindakan lanjut,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan